Fibroid Oh Fibroid

Blog ni dah berhabuk agaknya..lama betul tak update..sekarang ada masa untuk menulis dan berkongsi sedikit pengalaman sepanjang 9 hari di HKL

5 Mei 2017 Jumaat

Berikutan pendarahan yang berpanjangan kena ke Klinik untuk appointment Pap Smear tapi keadaan tak mengizinkan untuk pap smear dibuat..
so Dr membuat keputusan untuk membuat ujian darah...tu dia lepas tengok result ujian darah terus Dr cakap Puan kena ke hospital sekarang juga hb Puan terlalu rendah 5.6...anaemia..kurang darah.. Puan tunggu sekejap nurse tengah uruskan ambulan untuk hantar puan ke hospital. Eh takpe Dr..saya pergi dengan suami saya..saya nak balik rumah ambik barang2 dulu. Dr kata mmg kena naik ambulan, Awak boleh jatuh bila2 masa je..kami yang bertanggungjawab.

Diarahkan masuk bilik 5..pasang branula..masuk drip, baring sementara tunggu ambulan. Tak sampai 10 minit diminta naik ambulan. Uish..laju giler ambulan ni..siap siren lagi..mak aii berdebor cheq..biasa bagi laluan kt ambulan nak lalu, sekarang ni org bagi laluan kt kita...sedih la pulak rasa..mcm sakit kronik je walaupun rasa mcm sihat je..Dalam 7 minit dh sampai HKL bhg kecemasan. Lps cek BP diarah ke zon hijau..Dr zon hijau buat ECG utk cek jantung lps tu kena refer ke zon kuning pulak..Berehat di zon kuning..ambik darah untuk blood test lg...aduihh sakit woo..tangan bam bam ni susah giler cari urat...vena haluih..semua menyorok. Nurse bagi baju biru suruh tukar..baju spital..

Dalam pukul 6 pm Dr suruh suami buat pendaftaran Wad 15, wad sakit puan. Ditolak naik  guna wheel chair ke wad 15 di tingkat 4..check in kt sini..Sampai je situ Dr suruh masuk bilik scan...suspens weii..lps scan Dr sahkan memang ada fibroid..prolapse fibroid..pap smear tak boleh dibuat sbb fibroid dah blok pangkal rahim..itulah punca pendarahan yang berpanjangan dan kesakitan yang amat sangat masa period.

Risau juga tengok suami yang tak berapa sihat ke hulu-ke hilir uruskan macam-macam. Kakinya pun dah bengkak. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Image result for ujian allah

 6 Mei 2017 Sabtu

2 am - Nurse kejutkan untuk masukkan darah..darah jenis O+..suspens jugak takut sakit..tapi ok je tak sakit sangat. Branula pulak x berfungsi..urat dah bengkak..pasang branula baru warna pink. Satu beg darah perlukan masa 4 jam untuk dipindahkan...so apa yang boleh dibuat..rehat dan tido je la. Pukul 10 pagi satu pain darah lagi dimasukkan..masa nak masukkan yang ni sakit sangat..bagi tau nurse, nurse ckp urat dah bengkak...kena pasang branula baru lagi..ni branula yang ke 3..adehh..3 org Dr cuba cucuk nak pasang branula, Dr yang ketiga baru boleh buat...sakit??? Memang la sakit..dicucuk2 dengan jarum weiii..darah beg yang ketiga dimasukkan petang tu selepas berehat 2 jam selepas beg yang kedua...selesai semua 3 pain darah dimasukkan dalam pukul 8 mlm. Minta dengan nurse tolong cekkan wad kelas 1..dalam pukul 10 nurse pindahkan ke wad 21. Check in pulak ke wad 21, Bilik 7..duk sorang seram jugak...alamak boleh ke tido malam ni..mcm sunyi sgt...sebenarnya takut yang lebih.

Image result for branula   Image result for branula
7 Mei 2017 Ahad
Rutin duduk dihospital

Ambil darah cek HB, cek BP, cek Glukos sbb dalam badan memang ada kilang gula..Alhamdulillah HB dah naik 9.3..legaa..
Dr pakar masuk dan discuss tentang fibroid..tak ada pilihan kena buat operation membung fibroid. 



8 Mei 2017 Isnin
Hb dah semakin naik 9.9..makin sihat la kann. Dr pakar menghubungi bahagian pembedahan dan Alhamdulillah dapat tarikh 12 Mei untuk operation..tp mmg terkejut sbb Dr cakap Q panjang maybe paling cepat dapat buat bulan Ogos..tup2 ada yang cancel last minute..so Dr terus masuk nama..booking terus.


9 Mei 2017 - 10 Mei 2017 (Selasa dan Rabu)
Rutin dihospital mcm biasa. Boring tidur keluar ke lobi. Berborak je dgn Liza engineer JKR yang admit sbb diabetes masa pregnan, Makcik Saba orang Jengka 16 yang peramah yang tengah menunggu tarikh utk operate tiroid. Sempat sembang dengan Cikgu Tasya yang comel putih melepak dari Tanjung Malim, berumur 37 tahun, baru lepas kemoterapi, kanser ovary dari tahun 2013.. semoga terus bertahan Tasya...terasa dekat je dengan dia walaupun sembang sekejap je. 1001 kisah pesakit diwad 21.

11 Mei 2017 Khamis
Hari yang agak busy ,persediaan untuk operation esok. Pagi buat ECG untuk jantung lepas tu Nurse bawa ke bilik x ray untuk x ray. Jumpa dengan sorang wanita india yang fibroidnya 15 cm x 15 cm..mak aii besarnya. Sempat dengar dia berkongsi penderitaannya. Bersyukur sangat tak seteruk dia. Petang ke wad 15 untuk scan..scan kali keempat oleh Dr pakar sakit puan bahagian pembedahan. Dr terangkan procedure operation.. faham la jugak..reda je la janji boleh baik. Jumpa lagi dengan wanita india tu..tak tanya namapun..lupaa.. Malam nurse nak masukkan drip...problem lagi...adoii..branula dah tak boleh pakai ..kena pasang yang baru...sakit lagi.. Dr Chuah datang...lepas beberapa kali cubaan baru dapat...tahan je laa..harap2 yang ni adalah branula yang terakhir ..dh 4 kali tukar branula, kali ni pasang kt lengan, nak lengkok pun x boleh...sabarla cik we oii !!

12 Mei 2017 Jumaat
Operation Day
Nurse dan Dr tanya ..Puan okay...nk cakap apa lagi..cakap ok je la walaupun dalam hati hanya ALLAH yang tahu. Walaupun ini pembedahan kali ke empat..sebelum tu 3 kali Caesar bersalin anak ke 4, 5 dan 6. Berdebar tetap ada cuma buat2 cool je..

Dapat giliran ke 3, Dr kata mungkin dalam pukul 11 pagi kot.. so santai2, zikir dan berdoa..malas nak pikir sangat. Baju putih operation dan topi nurse dah siapkan awal2 lagi.. tunggu staff OT panggil je kena tukar uniform.

Pkl 9.30 pagi tgh bercakap dengan husband di telefon tiba2 nurse ketuk bilik..Puan, pihak OT dah call boleh la siap sekarang..Fuhhh cepatnya..rupanya yang no 1 tak jadi operation..cepat2 tukar uniform..ditolak ke Dewan Bedah..sampai kat Dewan Bedah punya la ramai patient duk tunggu giliran..ada yang berkerusi roda ada yang baring atas katil...Cheq baring atas katil la...masa tu sejuk gilerr..nurse selimutkan guna 2 selimut..menggigil...tak tau la sebab sejuk ka sbb takut nk kena operate..standby untuk ditolak masuk ke OT..

Pkl 10.40 ditolak masuk ke bilik OT4..Tgk lampu yang banyak kt bilik tu pun dah gerun..ramainya nurse dan Doktor dalam bilik tu...takut dan segan..hu.hu..
Dr nk masukkan drip dan ubat...masalah lagi branula yang dipasang malam tadi dah tak berfungsi..air pun dah tak jalan..dalam hati berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan ..Dr Fazlina dan Dr Chuah berusaha memasang branula baru..hampir 10 tempat dicucuk semua gagal...rasa down sangat..rasa nak je cakap kt Dr tak payah la teruskan operation sbb dh sakit sangat kena cucuk. Last sekali Dr decide cucuk urat kat leher..Berjaya akhirnya..branula dipasang dileher..susah jugalah nak gerak..

Selepas berjaya pasang branula, Dr Chuah minta duduk dalam keadaan tunduk untuk masukkan ubat bius..perghh sakitnya..Nurse tanya ada rasa mcm current letrik tak..terkejut jugak mcm kena shock.. Dr minta maaf sbb sakit sikit...susah nak masuk ubat bius..sabarlah duhai hati...kaki dan bahagian bawah makin besar rasanya..makin kebas...apa lagi team Dr dh mula jalankan tugas buang fibroid.

Alhamdulillah..selesai semuanya pkl 12.15 tgh hari. Ditolak keluar dari OT. Direhatkan sehingga boleh gerakkan kaki baru discaj dari OT. Semasa ditolak keluar dari OT masuk ke lif ternampak kawan sekolah menengah yang datang melawat Mazni dan Waza yang sama-sama mengiringiku ke wad.

Bersyukur sangat tiada komplikasi yang berlaku semasa dan selepas pembedahan .

13 Mei 2017 Sabtu

Hari Pembebasan

Dr pakar benarkan untuk discaj setelah meneliti keadaan kesihatanku yang stabil. Dr minta teruskan mengambil ubat hormone dan ubat-ubat lain .Appoinment 2 bulan lagi 13 Julai 2017 untuk melihat hasil keputusan makmal pap smear dan tindakan lanjut. Menurut Dr ada banyak lagi polip dalam rahim. Semoga keputusannya nanti semuanya baik-baik je.Apa-apa keputusan kena redha je ..

Jutaan Terima kasih pada semua nurse, Doktor-doctor, suami yang memang penat berulang ke HKL setiap hari selepas dressing kaki diklinik akibat komplikasi diabetes, anak2 yang amat pandai berdikari , rakan2 yang sudi datang menjenguk di hospital dan juga yang sama2 berdoa untuk kesembuhanku..Budi dan jasa kalian semoga dicatatkan sebagai amal kebajikan oleh ALLAH SWT.

Image result for ujian allah

Dikongsikan sedikit info berkaitan:

Perbezaan Antara Cyst Dan Fibroid Serta Polyps

Adakah Fibroid Di Uterus (Uterus Fibroid) Sejenis Kanser?

Fibroid biasanya boleh berkembang di dalam tisu rahim. Ia dikenali sebagai leiomyomas atau myomas. Ketumbuhan ini boleh jadi berbeza-beza  dari segi  bentuk, saiz dan kedudukan kerana ia boleh di dapati  di luar atau jauh ke dalam tisu rahim. Walaupun semua wanita mempunyai risiko untuk mendapat fibroid, namun wanita berusia di antara 30-40 tahun merupakan golongan yang mempunyai risiko lebih tinggi.
Fibroid sukar untuk dirasai kewujudanya pada awalnya. Mungkin setelah imbasan doktor ketika hamil atau muncul simptom-simptom tertentu, barulah kita sedar ia telah wujud dalam tubuh. Antara tanda-tanda atau simptom yang mungkin menunjukkan kehadiran uterus fibroid termasuklah:
  1. Mengalami perubahan keadaan haid yang teruk atau tempoh haid yang panjang
  2. Berlaku pendarahan ketika haid yang banyak beserta darah beku
  3. Mengalami masalah senggugut teruk ketika haid
  4. Rasa sakit belakang pada bahagian tulang pinggul atau selvik
  5. Pembesaran abdomen di kawasan bawah perut yang disangka mengandung atau perut buncit
  6. Gangguan masalah kesuburan
  7. Masalah pembuangan air kecil – tekanan pada pundi kencing menyebabkan rasa ingin kencing dengan kerap atau masalah lemah kawalan kencing
  8. Masalah pembuangan air besar – tekanan pada usus besar menyebabkan rasa sakit, sembelit atau kembung.
  9. Rasa sakit ketika hubungan kelamin.
Justeru, jika mengalami simptom-simptom di atas, wanita perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera supaya kewujudan fibroid boleh dikenalpasti dan langkah mengatasi boleh diambil lebih awal.
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau “benign” iaitu bukan sejenis kanser. Namun begitu, jika ia menunjukkan simptom semakin kronik seperti pertambahan saiz dan pertumbuhan yang ketara, maka ia perlu dibuang secepat mungkin. Kebiasaanya terapi hormon digunakan manakala untuk kes yang lebih berat, pembedahan mungkin merupakan pilihan terakhir.
Nota penting : Tidak semua pembedahan membuang uterus fibroid menyebabkan wanita akan kehilangan keupayaan untuk mengandung. Kerana ia sebolehnya tidak perlu melibatkan pembuangan rahim.
Jenis-jenis Fibroid

Bolehkah Polyps Di Uterus (Uterus Polyp) Menjadi Kanser?

Polyps merupakan pertumbuhan abnormal tisu sel yang boleh dijumpai dimana-mana organ badan yang mempunyai salur darah. Ia biasanya dijumpai di kolon, hidung dan uterus. Namun, kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang polyps di uterus sahaja.
Simptom atau tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan berklakunya uerus polyps ialah:
  1. Mengalami haid tidak teratur yang berbeza-beza dari segi tempoh dan berat pendarahan
  2. Spotting (pendarahan ringan pada vagina) antara dua waktu haid
  3. Masalah ketidaksuburan
  4. Pendarahan vagina selepas fasa menopous
Polyps di uterus adalah ketumbuhan yang tumbuh di lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium. Ia juga boleh menolak dirinya ke dalam rongga dalaman rahim dan boleh juga ditemui tumbuh dalam lapisan serviks. Tidak seperti fibroid, polyps merupakan ketumbuhan malignan iaitu berbahaya dan boleh bertukar menjadi kanser. Tetapi ia jarang berlaku dan risikonya lebih kepada wanita yang lebih berusia atau wanita yang sudah menopous.
Uterus fibroid dan uterus polyps sukar untuk dibezakan. Keduanya kelihatan sama dalam ujian pengimejan dan kedua-duanya boleh menyebabkan  simptom yang sama seperti pendarahan haid yang teruk, kekejangan dan sakit perut. Oleh itu, untuk menentukan sifat malignan atau benign polyps, doktor perlu mengambil sampel dan menghantar sampel tersebut kepada pakar patologi untuk ujian lanjut.
Jika polyps benign menyebabkan kesakitan atau jika polyps anda jenis malignan, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang ketumbuhan ini.

Uterus Polyps

Ciri-ciriUterus FibroidUterus Polyps
Komposisi & TeksturTerbentuk daripada tisu pejal atau tisu fiber. Pertumbuhannya berlaku antara lapisan otot nipis dalam uterus.Terbentuk daripada sel tisu endometrium. Pertumbuhan berlaku di lapisan luar bahagian dalam dinding uterus.
PenyusutanFibroid tidak menyusut. Mungkin akan mengecut sendiri selepas menopous.Polyps boleh menyusut pada mana-mana tahap pertumbuhannya.
SaizPelbagai saiz dari sebesar kutil sehingga sebesar sebiji buah tembikai!Biasanya bersaiz kecil seperti butiran bijan sehingga sebesar bola golf.
Kaedah RawatanTerdapat dua kaedah iaitu tanpa pembedahan seperti rawatan hormon, UFE & MR Focused Ultrasound. Kaedah kedua adalah pembedahan seperti miomektomi laparoskopi & histeroskopi.Pembedahan histeroskopi lebih berkesan membuang polyps.

Adakah Ovarian Cyst Merupakan Tanda-tanda Kanser

Secara umumnya, seperti polyps, cyst juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita. Kita biasa mendengar kehadiran cyst pada ovari, namun sebenarnya cyst boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan kita termasuk di permukaan kulit Namun, untuk artikel kali ini, saya hanya akan menyentuh tentang ovarian cyst.
Cyst boleh menjadi ketumbuhan yang paling menyakitkan dan boleh di diagnosis sebagai malignan (berbahaya). Oleh sebab inilah kita perlu memahami perbezaan diantara polyps dan cyst. Cyst boleh terjadi pada ovari sebagai kantung-kantung yang terdiri daripada pepejal atau dipenuhi dengan cecair daripada sistem pembiakan wanita.  Cyst yang bersaiz kecil biasanya menghasilkan kesakitan yang tidak berapa kuat tetapi cyst yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk.
Tidak seperti polyps dan fibroid, ovarian cyst tidak menyebabkan pendarahan yang melampau ketika haid. Selain daripada kanser, bahaya lain yang menanti adalah apabila cyst tersebut pecah dan menyebabkan kandungannya terbebas dan memasuki rongga-rongga badan yang lain dan boleh menyebabkan keracunan darah atau kehadiran penyakit-penyakit lain.
Cyst ovari boleh menjadi malignan (berbahaya) dan menyebabkan kanser, tetapi kebanyakan cyst yang wujud adalah benign (tidak berbahaya).
Ovarian Cyst

Apa Yang Patut Anda Buat

Walaupun fibroid, polyps dan cyst berpotensi untuk menyebabkan anda mengalami kesakitan yang serius, majoriti ketumbuhan ini masih boleh dirawat dengan mudah sebelum mereka berkembang menjadi tumor kanser.Segeralah mengunjungi klinik berhampiran anda untuk pemeriksaan lanjut jika anda mengalami simptom-simptom yang saya nyatakan seperti di atas.
Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada anda dan anda dapat memahami perbezaan antara cyst dan fibroid serta polyps.
 

Ulasan

  1. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 👉🏼 En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital👍🏻

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
    - Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
    Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
    - Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
    - Masalah Keputihan
    - Darah Tinggi
    - Buah Pinggang

    5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

    -Sy share mlalui
    pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

    Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

    Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
    Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
    Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
    ~~~~
    Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

    💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

    BalasPadam
  2. Note:
    SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
    • Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
    • mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
    • mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

    SUMBER KALSIUM
    • Menambah kalsium pada tulang
    • Menguatkan semula tulang

    KENCING MANIS
    • Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

    • Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
    • Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

    •Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
    • Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

    • Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

    info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
    -Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

    Order: CALL,WhatsApp @
    Encik Mohd Zuhairi -
    017468 7570

    #sharepadayangmemerlukan


    BalasPadam

Catat Ulasan